Rabu, 10 Ogos 2016

Nampak Cantik, Nampak Lawa

Text: Puziah Abu

Bismillah.

Suasana ceria pada diri sendiri di awal pagi sebelum melangkah ke pejabat sangat penting.
Persediaan aku untuk ke pejabat perlu mengambil masa yang singkat. Kenapa? Supaya dapat memulakan perjalanan lebih awal dan sebelum anak-anak syurgaku bangkit dari lenanya. Alhamdulillah, jika ianya berjalan dengan lancar, in shaa Allah aku akan selamat tiba di tempat letak kenderaan sebelum waktu bertugas ku bermula.

Percaya atau tidak, situasi kesesakan jalan raya akan dihadapi dan diharungi setiap hari.  Itulah arus perjalananku setiap pagi. Biasanya jarak perjalanan untuk 23km antara rumahku dengan pejabat, boleh mengambil masa 1 setengah jam. Agaknya, jam berapa paling lewat ku kena keluar dari rumah?
Kadang-kadang, akibat kesesakan sepanjang perjalanan, beberapa kali juga perlu memberhentikan kenderaan dan menunggu kelancaran oleh pegawai polis trafik yang bertugas, aku mengambil peluang untuk touch-up. Mungkin pelik pada anda, tapi itulah yang ku lakukan bagi mengatasi tahap kebosanan rutin kesesakan.

Untuk makluman, bermake-up ke pejabat tidaklah memerlukan masa yang lama, lagipula tidak perlulah bermake-up sepertimana ke majlis makan malam. Hanya sekadar loretan nipis sahaja. Saya menggunakan BB cream, bedak kompek dan lipstik keluaran Ana Edar Sdn Bhd.  Sesungguhnya saya sangat berpuas hati. Yang pastinya, bahan asasnya halal dan boleh dibawa solat. Saya menggunakannya hampir setiap hari ke pejabat.  Rasanya sudah lama saya mula menggunakannya.  Harganya jimat dan mampu milik.

Anda ingin mencubanya? Boleh hubungi saya di talian 012-2863449.

#SetMakeUpAnaEdar
#StokisQaseh
#KonsultanQaseh





Tiada ulasan:

Catat Ulasan