Sabtu, 6 Ogos 2016

Pengenalan Diri

Text: Puziah Abu

Bismillah,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Pada tanggal 19 Ogos tahun 1979, iaitu 27 Ramadhan 1399 sebelum waktu berbuka lahirnya seorang puteri yang diberi nama Puziah. Puteri ketiga yang merupakan anak ke 8 buat pasangan Encik Abu bin Senol dan Puan Maimoon binti Hj Ismail.

Pendidikan awal semestinya di Sekolah Tadika di Kampung Bukit Pulau di usia 6 tahun. Seterusnya memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru Melaka sejak 1986 sehingga tahun 1992. Memasuki kelas menengah di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka semenjak tahun 1993 hingga tahun 1998.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan