Jumaat, 12 Ogos 2016

Saat Aku Mula Mengenali Mu, SAYANG.

Text: Puziah Abu

Bismillah.

Saat permulaan aku mengenalimu adalah menerusi seorang kenalan atas talian.  Ketika itu aku sebenarnya agak terumbang ambing. Aku inginkan yang mampu ku miliki, yang boleh bersamaku tidak kira di mana malahan apa juga statusku. Aku masih mencari cari titik keserasian.

Seringkali aku mendengar mengenai Si A. Namun, aku kenali diriku yang kadangnya tidak setia jika bersama Si A. Mulanya aku fikirkan 'Tak Kenal, Maka Tak Cinta' namun bayaran yang perlu dijelaskan agak tinggi, aku mula menyangkakan bahawa aku tak mampu memilikinya malahan aku mungkin tak akan setia.

Paparan di laman muka buku pada bulan 3, tahun 2013 mengenai dikau membuatkan aku tak keruan. Bukan sekali malahan berkali kali paparan mengenai mu dipertontonkan. Sehari berlalu, aku malu bertanya, tetapi masuk hari ke-3, aku mulai tidak betah.  Aku mula merisik mengenaimu menerusi kenalanku itu.  Tanpa berlengah, penerangannya sangat jelas.  Aku mula tergoda.  Aku terus MAHU MEMILIKIMU.  Tetapi ketika itu, dikau tidak berada bersama sama kenalanku itu.  Temanku maklumkan Kau akan hadir tetapi lewat sedikit. Aku kecewa.  Aku tak mampu bertahan untuk bersamamu.  Kenalanku menawarkan aku untuk berjumpa dengan seseorang untuk mendapatkanmu.  Dia memberikan no telefon untuk aku hubungi.  Ah!! Aku yang sudah gila bayang, bolehkah menunggu lagi? Terus aku menghubungi beliau tanpa berlengah. Alhamdulillah, hajatku tercapai apabila dikau sudi hadir menemuiku.

Debarannya pelbagai rasa. Pertemuan sesingkat di tengahari itu, aku berjaya memilikimu. Senyumku meleret-leret memandangmu di depan mata.  Teman sepejabat yang melihatmu mula bertanya tanya. Siapakah dikau? Apa kepentingan dikau disisiku?

Ku bawa dikau pulang. Sepanjang jalan, aku erat memegangmu. Hatiku berbunga bunga. Usai tiba di rumah, aku memperkenalkan kau dengan anak-anak syurgaku. Mereka sangat teruja mengenalimu. Aku menjelaskan mengenai kehadiranmu ke dalam keluargaku. Alhamdulillah, anak-anak juga positif  sedangkan suamiku hanya mendengar sahaja kehadiranmu menerusi telefon.

Qaseh Gold Adinda. Kau yang aku kenali sangat membantu keperluan aku dan anak-anakku.  Sejak dari kali pertama, aku mulai terasa perubahan pada diriku dan anak-anakku. Ketika itu, anak-anak sedang mengalami selsema hampir 3 minggu. Sejak itu, aliran hingus anak-anak terus kering apabila bangun dari tidur. Berulang ulang mengamalkan selama seminggu menjadikan kami sekeluarga pasti kehadiranmu semakin menceriakan perjalanan hidupku.

Alhamdulillah, aku tidak salah memilihmu sebagai teman sejatiku. Sejak itu, kita tak mungkin berpisah.  Aku tak betah dengan kehilanganmu, jadi sebelum dikau berada di titisan terakhir, aku akan memastikan isianmu kembali memenuhi ruang di kamar sejukku.

Terima kasih buat kenalan atas talianku iaitu Puan Noor Hasyimah dan Puan Naemah Basri. Merekalah yang memperkenalkan dikau untuk sentiasa bersamaku. Sejak itu, giliran aku pula memperkenalkan dikau kepada sahabat-sahabatku. Alhamdulillah, kehadiranmu kini mulai diterima dan sangat diperlukan ramai pihak terutamanya wanita yang menyusukan anak, wanita yang sering mengalami senggugut, mereka yang sering keletihan, mereka yang selalu jatuh sakit malahan wanita yang hamil juga digalakkan untuk memilikimu.

Tiada kata yang dapat menggambarkan kepuasan memilikimu. Tiada coretan yang mampu memisahkan kita. Semoga kita akan kekal bersama hingga akhir hayatku dalam  memberikan perkhidmatan terbaik buat mereka yang memerlukanmu. In shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan